loading...
Harga RM 100 Adalah Berpatutan – KPDNKK
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang mengesahkan kedai makan yang mengenakan harga RM100 untuk dua pinggan nasi campur yang tular di media sosial baru-baru ini , adalah berpatutan dengan lauk pauk yang diambil.
Pada minggu lepas, isu ini mula menjadi hangat apabila seorang wanita memuat naik gambar resit di media sosial kerana perlu membayar RM100 untuk hidangan nasi campur semasa makan bersama suaminya di sebuah kedai makan di tepi jalan Leban Chondong, Kuala Rompin.
Wanita itu menunjukkan gambar resit bayaran dan gambar nasi campur berserta dua ekor udang galah dan status itu mendapat pelbagai reaksi netizen. Walaubagaimanapun, kebanyakan netizen mengakui bahawa harga udang galah sememangnya mahal dan itu adalah harga yang standard di pasaran.
Siasatan terhadap pemilik kedai makan itu mendapati harga yang dikenakan adalah berpatutan dan harga udang galah mengikut gred juga jelas dipamerkan di bahagian hadapan kedai.
Dilaporkan juga bahawa gambar yang tular itu menunjukkan dua ekor udang galah, sedangkan jumlah sebenar yang diambil ialah empat ekor, di samping lauk lain termasuk sayur dan sotong.
loading...
0 Response to "Wanita Ini Dicaj RM 100 Untuk Dua Pinggan Nasi Campur, KPDNKK Sifatkan Harga Adalah Berpatutan"
Post a Comment